Total Pageviews

Monday, October 31, 2011

Iklan kekosongan jawatan bukan akademik di UMP

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Dipanjangkan lagi iklan tentang kekosongan jawatan bukan akademik di UMP, Pahang. Sila beri perhatian pada tarikh tutupnya iaitu pada 14 Nov 2011. Selamat mencuba...


Iklan kekosongan jawatan bukan akademik
Category: Promotion

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa iklan kekosongan jawatan bukan akademik telah dibuka bagi memenuhi keperluan jawatan bertaraf kontrak dan tetap pada tahun ini, iaitu:

1) Pegawai Psikologi Gred S41

2) Juruteknik Komputer Gred FT17

3) Juruteknik Landskap Gred J17

4) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

5) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Keterangan lanjut mengenai jawatan dan syarat lantikan jawatan berkenaan boleh dirujuk melalui pautan Kerjaya@UMP di laman web UMP.

Borang permohonan yang lengkap beserta resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada/selewat-lewatnya: 14 November 2011.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 3234/2573/2522/.

Terima kasih.



http://
Posted by LILY AZWATI BINTI AB LATIP , Jabatan Pendaftar
31 OCT 2011

Untuk pautan ke iklan asal sila

Saturday, October 22, 2011

Homestay, Rezeki dan Syukur...


Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.” [Surah Ibrahim, ayat 7]

Salam...

Entry kali ini, Ambo mulakan dengan memetik Ayat Al-Quran yang mengajak kita untuk mensyukuri nikmat Allah. Berbicara tentang syukur ini, sangat mudah untuk kita menyebutnya tetapi amat jarang untuk kita mengigatinya, apatah lagi menyebutnya. Sedangkan menyebut-nyebut tentang syukur ini adalah sangat disukai oleh Allah menurut sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur"... Tanyalah diri kita masing-masing, berapa kalikah dalam sebulan kita menyatakan syukur, berapa kalikah dalam sehari kita meluahkannya, dalam dalam sejam, seminit???

Bagi Ambo, sejujurnya amat jarang sekali.. sekurang2nya jika dibandingkan dengan nikmat dan kurniaan Allah.. nisabahnya tersangat kecil.. segunung kurniaanya, hanya dibalas dengan secebis syukur cuma... banyak kita menyatakan syukur bila diberikan nikmat duniawi yang nyata.. seperti bila dapat durian runtuh, bila kerajaan istiharkan bonus, bila harga minyak diturunkan, bila gaji naik, bila itu dan bila ini.. (dan tentunya bila pelangi homestay kita menerima tetamu) selalunya melibatkan nikmat2 kecil.. tetapi jarang kita terlintas untuk bersyukur mengenangkan nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat masa lapang, nikmat keamanan, nikmat itu.. ini. Apatah lagi menyatakan rasa syukur kerana Allah mengurniakan nikmat islam kepada kita..... Oh Tuhan, daku amat-amat bersyukur kepadaMu kerana menganugerahkan diriku nikmatMu yang terbesar iaitu menjadikan aku seorang islam. Daku memohon kepada Mu, janganlah engkau menarik nikmatMu ini daripada aku.. dan kekalkanya aku dalam keredaanMu sentiasa ya Allah.

Pendek kata, bagi Ambo setelah mengusahkan homestay ini, ambo lebih kerap bersyukur dan juga lebih kerap memohon kepadaNya, berdoa kepadaNya, mengharap kepadaNya dan bertawakkal kepadaNya.
bersambung..............

Thursday, October 20, 2011

Tip Penginapan Selamat di mana-mana homestay / rumah tamu.

Salam kepada semua...

Entry pada kali ini, Ambo akan berkongsi tentang tip-tip yang boleh diamalkan oleh kita sebagai tetamu yang memilih untuk menginap di mana-mana homestay yang menjadi pilihan kita. Ini kerana faktor keselamatan adalah merupakan faktor yang perlu diberi keutamaan oleh setiap daripada kita. ini kerana dewasa ini kejadian jenayah semakin menjadi-jadi dan tahap jenayah tersebut juga semakin melampaui batas kemanusiaan... tetapi undang-undang bagi melayan kumpulan mereka ini masih sama seperti dahulu.. aahhh, itu diluar bidang kawalan kita. Apa yang perlu adalah setiap dari kita seharusnya membuat persediaan keselamatan sebelum musibah menimpa... selebihnya kita bertawakkallah kepada Allah.

Tip pertama.
Memeriksa kadar jenayah di kawasan homestay kita pilih. Ini semestinya sukar untuk dilakukan oleh kita. Namun kita boleh melakukannya sekadar yang termampu.. contohnya cuba 'google' dan dapatkan daripada internet berita-berita mengenai kejadian jenayah lampau dikawasan berkenaan.. (kalau ada) Mungkin jarang untuk kita mendaptkan berita2 sedemikian. Namun lebih baik mencuba..

Kedua.
Periksa tahap keselaman. Tanya tuan rumah samada rumah berkenaan mempunyai pengawal keselamatan atau sistem keselamatan mencegah kecurian. Periksa juga samada aktiviti KRT dan SRS ada dijalankan atau tidak... Ini kerana maklumat berkenaan boleh membantu anda untuk tidur lena.. apatah lagi sekiranya anda perlu meninggalkan keluarga anda disana sewaktu anda keluar melakukan urusan anda diluar...

Ketiga.
Kita juga boleh memeriksa daripada tuan rumah, samada rumah berkenaan boleh dikunci dari dalam (samada menggunakan selak ataupun mangga dari dalam). Ini kerana sepertimana yg kita semua maklum, kunci bagi hemestay / rumah tamu adalah sentiasa bertukar tangan. Dan kita tidak tahu kunci tersebut mungkin pernah jatuh ke tangan mereka yang mempunyai niat serong.... mereka boleh 'duplicate' kunci berkenaan dan menunggu mangsa yang mereka berkenaan. Kunci dari dalam merupakan sedikit jaminan yang kita sekeluarga selamat untuk berada disitu...

Keempat
Membawa set mangga kunci sendiri. Atas faktor yang sama seperti diatas tadi, Ambo mencadangkan agar kita membawa set mangga kunci kita sendiri. Kita memerlukan sekurang2nya 3 set. Iaitu 1 set untuk pintu pagar, 1 set untuk pintu depan dan 1 set lagi untuk pintu belakang atau pintu dapur... Apa sangatlah rm100, iaitu kos untuk membeli set kunci anda sendiri dibandngkan dengan keselamatan anda sekeluarga.

Kelima.
Cuba bertanya kepada pengusaha samada rumah mereka ada menyediakan tapak kunci (bagi meletakkan mangga) pada pintu. Seelok2nya mangga tersebut terletak disebelah dalam pintu atau grill atau ditempat2 yang susah untuk dicapai oleh penyangak. Ini kerana mangga kunci yang dipasang dari sebelah luar amat mudah untuk dipecahkan oleh penyangak, samada menggunakan alat pemotong besi ataupun menggunakan asid.... ingat. banyak kes-kes pecah rumah ataupun kecurian kenderaan dilakukan dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan khas berkenaan.

Keenam.
Menyewa di lokasi yang bersesuaian setaraf dengan anda. Ini bukan untuk menunjukkan kesombongan ataupun ego, tetapi ia adalah semata-mata untuk memastikan bahawa kehadiran anda nanti tidak terlalu menonjol kepada masyarakat persekitaran. Sekiranya anda menggunakan kereta mewah seperti mencedes, BMW, Alphard dan yang seangkatan dengannya, anda tidak seharusnya memilih untuk menginap di homestay yang mengenakan kadar sewa terlalu rendah, misalnya rm50, rm100 atau rm150. Ini kerana selalunya (tidak semestinya) kadar tersebut ditawarkan untuk rumah2 yang berada dilokasi kos rendah ataupun kos rendah sederhana. Kehadiran anda disana nanti akan menjadi umpan memancing bagi penyangak-penyangak tempatan. Ini kerana mereka akan berpandangan yang anda mungkin mempunyai dan membawa bersama banyak barangan yang menjadi idaman mereka.

Ketujuh.
Kata omputeh 'last, but not least'.. tp kata Ambo, point terakhir tetapi yang terpenting, iaitu jangan lupa buat solat hajat 2 rakaat mohon perlindungan dariNya dari segala ancaman daripada semua makhluknya sama yang nyata atau yang ghaib.... kerana Dialah penguasa alam semesta ini.... wallahuaklam.

Sunday, October 9, 2011

Iklan kekosongan jawatan bukan akademik di UMP

Salam..

Kepada semua pembaca blog rumah tamu pelangi homestay kuantan.

Disini ingin dimaklumkan bahawa UMP telah membuka tawaran kekosongan jawatan bagi mereka yang berkelayakkan dan berminat. Sila beri perhatian pada tarikh tutup permohonan iaitu pada 25 Okt 2011.



Iklan kekosongan jawatan bukan akademik

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa iklan kekosongan jawatan bukan akademik telah dibuka bagi memenuhi keperluan jawatan bertaraf kontrak pada tahun ini, iaitu:

1) Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41

2) Setiausaha Pejabat Gred N27

Keterangan lanjut mengenai jawatan dan syarat lantikan jawatan berkenaan boleh dirujuk melalui pautan Kerjaya@UMP di laman web UMP.

Borang permohonan yang lengkap beserta resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada/selewat-lewatnya: 25 Oktober 2011.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 3234/2573/2522/.

Terima kasih.

Posted by LILY AZWATI BINTI AB LATIP , Jabatan Pendaftar
10 OCT 2011

Saturday, October 8, 2011

Tips bagi anda yang bercadang untuk mengusahakan homestay!

Salam..

Pada entry kali ini, Ambo ingin berkongsi sedikit tip-tip yang mungkin berguna bagi mereka yang bercadang ingin memulakan satu perniagaan rumah tamu atau biasa disebut sebagai homestay....

Tip Pertama....

Kalau boleh, usahakan untuk mendapatkan sebuah rumah atas nama anda sendiri, atau isteri anda, atau anak anda, atau saudara mara anda. (dengan bahasa lain, belilah rumah anda sendiri). Alasannya mudah sahaja.. perusahaan ini hanya menjanjikan pulangan yang terhad. Kalau anda menjual cendol misalnya, anda boleh berangan-angan untuk menjana pendapatan sehingga rm1000.00, rm2000.00 atau mungkin sehingga rm10,000 sekalipun....bergantung pada kehebatan cendol anda, bergantung pada kecekapan kakitangan anda, bergantung pada kehebatan promosi yang anda lakukan. Tetapi bagi perusahaan homestay, kaedahnya lain sedikit. Contohnya Rumah Tamu Pelangi Homestay yang Ambo usahakan dengan kadar sewaan untuk semalaman pada harga rm150, maka keuntungan maksima yang Ambo boleh jana hanyalah tidak lebih dari rm4,500.00 sebulan.... Jangan sesekali berangan-angan untuk mendapat lebih daripada jumlah tersebut, kerana ianya adalah mustahil... Jadi disini sekiranya homestay Ambo hanya mempunyai tetamu pada hujung minggu sahaja (itu pun dah cukup bernasib baik sebenarnya), bermakna Ambo hanya mampu meraih sebanyak rm1,200.00 sahaja dalam sebulan. Jika Ambo menyewa rumah tersebut dengan kadar sewa rm600 sebulan, maknanya yang tinggal untuk Ambo ialah rm600.00 sahaja yang berbaki. Belum lagi ditolak dengan kos utiliti (api, air, internet, astro, dll), kos pembersihan, kos penyelengaraan, kos aset, kos menggantikan barangan yang rosak, LHDN, dll... Jadi dimana hasil penat lelah kita..?? Ada la dalam rm50 - rm100. Namun jika rumah tersebut adalah milik kita, kita boleh lagi berkira-kira sebab setelah 20 atau 25 tahun nanti, kita akan dapat rumah tersebut percuma.. ye la sebab wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar sewa, telah kita gunakan untuk membayar installment pada pihak bank... ke guane.. :)

Tip kedua....

Kalau boleh cuba dapatkan pembelian perabot serta kelengkapan-kelengkapan lainya dalam bentuk installment. Ini bertujuan untuk mengurangkan kos permulaan yang perlu ditanggung. Dengan menggunakan pembelian secara installment, kos permulaan tersebut akan diagihkan kepada bulan-bulan berikutnya. Kita andaikan yang kita perlu membayar rm300 setiap bulan untuk keseluruhan perabot atau penyaman udara yang dipasang di rumah tamu kita tersebut. Ditambah dengan installment rumah sebanyak rm1000 misalnya, maka kita perlu menjana lebih kurang rm1500 untuk kos operasi kita. Ini termasuk kos-kos operasi lain seperti elektrik, air, dll. Paling penting kita tidak memerlukan modal permulaan yang besar. Wang yang kita ada boleh disimpan untuk digunakan di waktu-waktu kecemasan. Misalnya bagi menampung kos operasi di musim-musim kita kurang mendapat tetamu... bulan-bulan awal operasi, biasanya kita susah untuk mendapat tetamu.

Tip Ketiga..

Kalu boleh, cuba cari lokasi-lokasi yang 'panas' bagi homestay kita. Contohnya berhampiran dengan jabatan, pejabat atau institusi-institusi yang sering menerima kunjungan orang luar. Iaitu seperti pusat-pusat tarikan pelancong, IPT, hospital, dan seumpamanya. Ini kerana ia akan memberikan lebih peluang untuk kita mendapatkan bakal tetamu kita nanti.... :)

Tip Keempat..

Jangan lupakan tentang LHDN. Jadi seeloknya cuma daftarkan sebuah syarikat dan daftarkan terus perniagaan kita tersebut dengan LHDN berhampiran. Ini kerana kita tidak mahu rumah tamu kita tersebut akan nanti memberikan masalah kepada kita. Bayangkan jika setelah 10 tahun beroperasi, pihak LHDN berjaya menghidu aktiviti tersebut... maka mereka akan membuat taksiran anggaran bagi pihak kita untuk tempoh sepuluh tahun... haru jadinya. Perniagaan rumah tamu ini sebenarnya banyak ruang-ruang untuk perlepasan. Contohnya kos-kos penyelengaraan.. pastikan wang yang dibayar kepada pengemas rumah kita dikeluarkan bersekali dengan baucer bayaran. Begitu juga terhadap tukang paip dan lain-lain tukang yang kita telah gunkaan perkhidmatanya. Jangan sesekali lupa mengambil resit terhadap semua perbelanjaan yang dikeluarkan untuk rumah tamu kita nanti..

bersambung laaaagiiii daaa....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review