Total Pageviews

Thursday, October 20, 2011

Tip Penginapan Selamat di mana-mana homestay / rumah tamu.

Salam kepada semua...


Entry pada kali ini, Ambo akan berkongsi tentang tip-tip yang boleh diamalkan oleh kita sebagai tetamu yang memilih untuk menginap di mana-mana homestay yang menjadi pilihan kita. Ini kerana faktor keselamatan adalah merupakan faktor yang perlu diberi keutamaan oleh setiap daripada kita. ini kerana dewasa ini kejadian jenayah semakin menjadi-jadi dan tahap jenayah tersebut juga semakin melampaui batas kemanusiaan... tetapi undang-undang bagi melayan kumpulan mereka ini masih sama seperti dahulu.. aahhh, itu diluar bidang kawalan kita. Apa yang perlu adalah setiap dari kita seharusnya membuat persediaan keselamatan sebelum musibah menimpa... selebihnya kita bertawakkallah kepada Allah.

Tip pertama.
Memeriksa kadar jenayah di kawasan homestay kita pilih. Ini semestinya sukar untuk dilakukan oleh kita. Namun kita boleh melakukannya sekadar yang termampu.. contohnya cuba 'google' dan dapatkan daripada internet berita-berita mengenai kejadian jenayah lampau dikawasan berkenaan.. (kalau ada) Mungkin jarang untuk kita mendaptkan berita2 sedemikian. Namun lebih baik mencuba..

Kedua.
Periksa tahap keselaman. Tanya tuan rumah samada rumah berkenaan mempunyai pengawal keselamatan atau sistem keselamatan mencegah kecurian. Periksa juga samada aktiviti KRT dan SRS ada dijalankan atau tidak... Ini kerana maklumat berkenaan boleh membantu anda untuk tidur lena.. apatah lagi sekiranya anda perlu meninggalkan keluarga anda disana sewaktu anda keluar melakukan urusan anda diluar...

Ketiga.
Kita juga boleh memeriksa daripada tuan rumah, samada rumah berkenaan boleh dikunci dari dalam (samada menggunakan selak ataupun mangga dari dalam). Ini kerana sepertimana yg kita semua maklum, kunci bagi hemestay / rumah tamu adalah sentiasa bertukar tangan. Dan kita tidak tahu kunci tersebut mungkin pernah jatuh ke tangan mereka yang mempunyai niat serong.... mereka boleh 'duplicate' kunci berkenaan dan menunggu mangsa yang mereka berkenaan. Kunci dari dalam merupakan sedikit jaminan yang kita sekeluarga selamat untuk berada disitu...

Keempat
Membawa set mangga kunci sendiri. Atas faktor yang sama seperti diatas tadi, Ambo mencadangkan agar kita membawa set mangga kunci kita sendiri. Kita memerlukan sekurang2nya 3 set. Iaitu 1 set untuk pintu pagar, 1 set untuk pintu depan dan 1 set lagi untuk pintu belakang atau pintu dapur... Apa sangatlah rm100, iaitu kos untuk membeli set kunci anda sendiri dibandngkan dengan keselamatan anda sekeluarga.

Kelima.
Cuba bertanya kepada pengusaha samada rumah mereka ada menyediakan tapak kunci (bagi meletakkan mangga) pada pintu. Seelok2nya mangga tersebut terletak disebelah dalam pintu atau grill atau ditempat2 yang susah untuk dicapai oleh penyangak. Ini kerana mangga kunci yang dipasang dari sebelah luar amat mudah untuk dipecahkan oleh penyangak, samada menggunakan alat pemotong besi ataupun menggunakan asid.... ingat. banyak kes-kes pecah rumah ataupun kecurian kenderaan dilakukan dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan khas berkenaan.

Keenam.
Menyewa di lokasi yang bersesuaian setaraf dengan anda. Ini bukan untuk menunjukkan kesombongan ataupun ego, tetapi ia adalah semata-mata untuk memastikan bahawa kehadiran anda nanti tidak terlalu menonjol kepada masyarakat persekitaran. Sekiranya anda menggunakan kereta mewah seperti mencedes, BMW, Alphard dan yang seangkatan dengannya, anda tidak seharusnya memilih untuk menginap di homestay yang mengenakan kadar sewa terlalu rendah, misalnya rm50, rm100 atau rm150. Ini kerana selalunya (tidak semestinya) kadar tersebut ditawarkan untuk rumah2 yang berada dilokasi kos rendah ataupun kos rendah sederhana. Kehadiran anda disana nanti akan menjadi umpan memancing bagi penyangak-penyangak tempatan. Ini kerana mereka akan berpandangan yang anda mungkin mempunyai dan membawa bersama banyak barangan yang menjadi idaman mereka.

Ketujuh.
Kata omputeh 'last, but not least'.. tp kata Ambo, point terakhir tetapi yang terpenting, iaitu jangan lupa buat solat hajat 2 rakaat mohon perlindungan dariNya dari segala ancaman daripada semua makhluknya sama yang nyata atau yang ghaib.... kerana Dialah penguasa alam semesta ini.... wallahuaklam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review