Total Pageviews

Thursday, September 29, 2011

Apakah Kelebihan Bila Mengusahakan Homestay???

Assalamualaikum w.b.t


Pada entry kali ini, Ambo ingin berkongsi dengan semua tentang faktor-faktor yang mendorong Ambo untuk mengusahakan perusahaan Homestay (sebenarnya rumah tamu / guesthouse). Ini adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini yang mana pada entry berkenaan Ambo bercerita tetang keistimewaan menginap di Homestay berbanding menginap di hotel.

Ambo percaya ramai diluar sana yang mungkin tertanya-tanya tentang apa istimewanya mengusahakan Homestay ini. Ini kerana pendapatannya pun tidaklah seberapa sangat. Mungkin lebih sikit dibandingkan dengan sewa terus samada untuk setahun ataupun sepuluh tahun. Tetapi setelah ditolak dengan kos-kos penyelengaraan, dobi, upah mengemas, bil bil utiliti, dan sebagainya hasilnya lebih kurang sama sahaja dibandingkan dengan pendapatan yang diperolehi hasil sewaan jangka panjang. Jadi.. apa specialnya Homestay ini... buat penat aje.. nak bergerak kesana sini pun susah... mungkin itulah yang menjadi rungutan pihak teramai.. :)

Baiklah.. mungkin lain orang lain jawabanya.. namun bagi diri Ambo, megusahakan homestay ini banyak faedahnya. Antaranya ialah mengusahakan homestay dengan menggunakan rumah milikan sendiri menuntut kita untuk berusaha mendapatkan rumah itu sendiri terlebih dahulu. Dengan memiliki rumah, bermakna kita telah mempunyai satu aset yang mampu menjana pendapatan bagi kita. (Takrifan yang betul terhadap aset juga adalah penting. Ramai dikalangan kita yang menganggap memiliki sesuatu 'benda' yang mahal harganya beerti kita telah mempunyai satu aset. Jarang antara kita yang tahu membezakan antara aset dan liabiliti. Ambo mengguna pakai takrifan bahawa aset adalah sebarang benda yang mampu memberikan sumber pendapatan bagi pemiliknya. Manakala liabiliti pula adalah sebarang benda samada mahal atau murah yang 'menyedut' keluar wang dari poket kita.) Bagi Ambo menggunakan sejumlah wang bulanan bagi membayar ansuran (installment) rumah adalah lebih baik daripada menyimpannya di bank. Ini kerana rumah tersebut boleh menjana pendapatan bagi ambo melalui sewaan disamping harganya juga akan meningkat dari semasa kesemasa. Namun dengan menyimpannya di bank, keuntungan yang diberikan adalah terlalu kecil mengatasi kadar inflasi. Ini bermakna nilai duit kita akan menyusut dari setahun ke setahun. Mudah kata jika dengan rm1000 pada hari ini kita mampu untuk membeli seekor anak lembu, tapi 10 tahun dari sekarang kita mungkin memerlukan rm2000 untuk membeli seekor anak lembu. Wang tersebut sekiranya disimpan di bank dengan kadar keuntungan 2% setahun, hanya mampu meningkatkan jumlah wang kita kepada rm1250 sahaja.

Ambo juga 'menabung' untuk anak-anak bukan dalam bentuk kewangan seperti kelazimanya, tetapi ambo bercadang untuk mewarisi kepada mereka dalam bentuk aset. Maksud ambo disini adalah rumah.. Bagi ambo menabung dalam bentuk wang adalah merugikan dan terdedah kepada risiko. Ini boleh terjadi sekiranya sesuatu berlaku pada diri ambo sebelum sempat tabungan tersebut dapat dilakukan secukupnya. Namun keadaan sebaliknya berlaku sekiranya ambo berusaha mendapatkan sebuah atau lebih rumah untuk mereka. Ini kerana rumah biasanya dilindungi oleh MRTA. Dengan kata lain, sekiranya dalam tempoh pembiayaan tersebut sesuatu berlaku pada diri ambo, maka pihak insuran/takaful akan menyelesaikannya bagi pihak ambo. Jadi keluarga ambo akan dapat terus menduduki atau memanafaatkan rumah-rumah berkenaan tanpa perlu memikirkan tentang installment bulanan. Untuk belanja sara hidup mereka juga, rumah-rumah berkenaan insyaallah akan mampu memberikan sumber pendapatan samada melalui sewaan bulanan ataupun pulangan harian sekiranya ianya diuruskan sebagai sebuah rumah tamu / homestay. Tidakkah ini lebih menguntungkan dibandingkan dengan simpanan dalam bentuk wang tunai....?

Alasan berikutnya adalah faktor peningkatkan terhadap nilai sesebuah rumah pada masa depan. Pada hari ini mungkin sesebuah rumah tersebut bernilai 200 atau 300 ribu ringgit. Ambo percaya semua tidak menafikan bahawa ianya adalah mahal dan seseorang itu perlu mengorbankan banyak 'kehendaknya' yang lain semata-mata untuk memiliki sesebuah rumah, apatah lagi rumah idaman yang berada di lokasi yang menjadi perhatian ramai. Namun jika kita mampu melihat kemasa depan, tentunya 20 atau 30 tahun dari sekarang kita akan dapati nilainya telah/boleh mencecah jutaan ringgit. Pernahkah kita terfikir akan nasib generasi kita pada masa itu? adakah mereka mampu untuk memilikinya? apakah mereka mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi untuk membiayainya?... kita harus ingat bahawa populasi penduduk sentiasa bertambah di kebanyakan buah negara. Tidak terkecuali negara kita Malaysia. Sedangkan saiz keluasan tanah di negara kita adalah sama. Pada masa depan golongan yang kurang berkemampuan akan semakin terpinggir. Jika hari ini kita menetap di Rawang, tidak mustahil dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, generasi anak-anak kita akan semakin terpinggir semakin jauh.......

Kita terutamanya orang-orang melayu cenderung untuk berkerja makan gaji. atau istilah lain servent atau hamba.. maknaya kita bertungkus lumus untuk mengkayakan orang lain.. Sehebat manapun kita sebagai 'hamba' pada hari ini, kita sama sekali tidak akan dapat mewarisinya kepada generasi anak-anak kita, tidak kira sehebat manapun mereka nanti samada dalam aspek bidang akademik ataupun kemahiran.. Seorang Professor universiti tidak semestinya boleh mewarisi jawatan mereka kepada anak mereka meskipun anak mereka lulusan Phd dari Universiti Harvard.... ini bermakna generasi anak-anak kita terpaksa bermula semula dari bawah... Mari kita berfikir sejenak. Sekiranya kita mempunyai 5 orang anak, adakah kita yakin yang setiap seorang daripada mereka akan mampu berjaya dalam bidang mereka..? Bagi Ambo disinilah pentingnya kita sebagai generasi perintis untuk menyediakan tapak bagi mereka untuk membina kehidupan mereka nanti... Tidak dinafikan bahawa ilmu pengentahwan adalah merupakan aset terpenting yang perlu kita warisi kepada generasi muda kita. Namun tidak semua dapat mencapainya. Disinilah pentingnya warisan kita kepada mereka. Sebagaimana dapat kita lihat hari ini, betapa ramainya dikalangan kita yang membina kehidupan hasil daripada warisan generasi nenek moyang kita terdahulu. Tengok sahaja di Kg Baru Kuala Lumpur.......

Ambo sekarang ni menetap di rumah teres satu tingkat dengan 3 bilik tidur. Dengan 3 orang anak, rumah tersebut yang berkeluasan 900 kaki persegi adalah boleh dikatan sesak bagi ambo sekeluarga. Keadaan tersebut menyebabkan ambo rasa agak kekok sekiranya ada ahli keluarga yang ingin bertandang kerumah. Ini memikirkan bagaimana untuk mematikan keselesaan mereka nanti. Justru dengan adanya Rumah Tamu Pelangi Homestay ini, yang hanya terletak disebelah rumah Ambo, maka ambo kini bersedia menrima tetamu bila-bila masa tak kira berapa ramai sekalipun yang akan datang serentak. Ini kerana ambo telah bersedia dengan 3 buah bilik tetamu untuk mereka.. tidakkah itu membahagiakan ambo... dan tentunya tetamu ambo. Mereka juga tidak kekoh untuk bertandang selalu. Disamping itu, apa yang lebih penting lagi ialah aurat antara ipar duai juga dapat dijaga dengan baik... :)

(bersambung)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review