Total Pageviews

Thursday, September 22, 2011

Iklan kekosongan jawatan di UMP

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Disini kami ingin berkongsai maklumat dengan semua terutamanya peminat Pelangi Homestay tentang iklan kekosongan jawatan bukan akademik yang telah diiklankan oleh pihak UMP (Universiti Malaysia Pahang) pada hari ini (23 September 2011). Sila ambil maklum tentang tarikh tutupnya, iaitu pada 7 Oktober 2011.

Selamat berjaya.


Iklan kekosongan jawatan bukan akademik

Category: Others

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa iklan kekosongan jawatan bukan akademik telah dibuka bagi memenuhi keperluan jawatan bertaraf kontrak pada tahun ini, iaitu:

1) Pegawai Penyelidik Gred Q41

2) Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

3) Pembantu Pegawai Kebudayaan Gred B17

4) Juruteknik Komputer Gred FT17

5) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

Keterangan lanjut mengenai jawatan dan syarat lantikan jawatan berkenaan boleh dirujuk melalui pautan Kerjaya@UMP di laman web UMP.

Borang permohonan yang lengkap beserta resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar pada/selewat-lewatnya: 7 Oktober 2011.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 09-5493234/2573/2522/.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review